Wednesday 25 July 2012

Hijab Wanita....

Assalamualaikum...

Hijabkan dirimu sebaik mungkin. Wanita solehah itu sentiasa memelihara auratnya kerana aurat itu mahkota muslimah. Memang tidak bertudung itu tidak semestinya jahat menurut akal manusia.Tetapi Nabi s.a.w telah bersabda bahawa orang yang tidak bertudung akan dibakar didalam api neraka.

"Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras dan kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(Surah al-Tahrim:6)

~ pilihlah jalan kamu..moga itu yang terbaik buamu di sana ~

Tuesday 24 July 2012

Seandainya.....

Assalamualaikum....

Andai perjuangan islam ini mudah..
Pasti ramai yang menyertainya..
Andai perjuangan islam ini singkat..
Pasti ramai yang istiqamah..
Andai perjuangan islam ini menjanjikan kesenangan dunia..
Pasti ramai yang tertarik..
Tetapi.....
Hakikat perjuangan islam bukan begitu..
Turun naiknya..
Sakit pedihnya..
Umpama kemanisan yang tidak terhingga..
Andai rebah..
Bangkitlah semula..
Andai terluka..
Ingatlah janjinya..
Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara..
Dalam menegakkan kebenaran..
Untuk terlepas dari kesusahan akhirat yang berkekalan..

InsyaAllah.. -:)


Monday 23 July 2012

Wasiat Rasulullah s.a.w...

Assalamualaikum.. :)

Dari Abu Najih Bin Al-Irbadh Bin Sariyah ra, berkata, "Rasulullah s.a.w telah memberikan nasihat kepada kami dengan nasihat yang menggentarkan hati dan dapat menguncurkan airmata."

Kami berkata padanya, "Wahai Rasulullah, seakan-akan ini nasihat perpisahan, kerana itu berilah kami wasiat."

Beliau bersabda, "Aku berwasiat kepada kalian agar sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla serta mendengarkan dan taat meskipun orang yang memerintah kalian adalah seorang budak. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup diantara kalian, nescaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Kerana itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah para khulafa' ar-rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham kamu (berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu). Dan hindarilah hal-hal yang baru (dalam soal agama), kerana semua yang baru adalah bida'ah dan setiap yang bida'ah adalah sesat."
(Hadith soheh HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Sunday 22 July 2012

Islam Oh Islam....

Assalamualaikum....

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Islam bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali dalam keadaan dagang. Maka "tuba" (syurga) kepada para pedagang."

Para sahabat bertanya, 
"Siapakah para pedagang itu?"

Jawab Rasulullah s.a.w, 
"Iaitu golongan yang menghidupkan kembali sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia."

Wednesday 18 July 2012

Salam Ramadhan.....

Assalamualaikum....

"Sesungguhnya telah hadir bulan RAMADHAN bulan BERKAT. Allah telah MEWAJIBKAN ke atas kamu BERPUASA. Dibukakan PINTU-PINTU SYURGA, ditutup rapat PINTU NERAKA dan ditambat para SYAITAN. Di bulan ini terdapat satu malam yang TERBAIK dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya, sesungguhnya dia RUGI.."

(HR Ahmad dan An-Nasai)


Pesan Buat diri....

Assalamualaikum....

"Hati manusia cepat berubah-ubah dan cepat lupa. Ia berselimt cahaya yang meliputinya sehingga berkilau seperti sinar. Namun, apabila lama tidak digosok dengan peringatan ia akan kusam, mengeras, dan hilang kilauannya sehingga menjadi gelap dan hitam. Kerana itu, ia harus diingatkan dan ditempa selalu agar tetap halus dan berkilau.."

- Syed Qutb

Tuesday 17 July 2012

Fighting!! Fighting!!

Assalamualaikum....

Ketika kita mengalami kegagalan..
Bukan bererti jalan kita terhenti..
Kerana pintu-pintu kejayaan yang lain akan terbuka..

Maka kita harus membuka mata dan hati..
Supaya kita dapat mencapai..
Kejayaan dengan cara yang berbeza..

InsyaAllah..