Saturday 8 September 2012

Islam Agamaku...

Assalamualaikum.....

Sedih dan sayunya hati melihat ISLAM dizaman ini....dipermain-mainkan..diperkotak-katikkan..dipijak-pijak sesuka hati...bertambah sedih apabila "UMAT ISLAM" sendiri yang melakukannya...tidak perlu bang-banggakan MELAYU..melaung-laungkan MELAYU...mengagung-agungkan MELAYU...kerana MELAYU itu sendiri tidak disebutkan didalam KALAMULLAH mahupun HADITH...yang perlu kita bangga-banggakan, laung-laungkan, agung-agungkan adalah ISLAM...ISLAM yang perlu kita genggam...yang erlu kita lonjakkan...

Dimana kita sebagai 'ANAK MUDA" ketika ISLAM dimusuhi??? dimana kita ketika ISLAM pijak-pijak??? dimana kita??? Sedarkah kita ISLAM semakin jatuh disebabkan oleh "KITA" sendiri??? Sedarlah kita bahawa ISLAM jatuh bukan disebabkan oleh kafir laknatullah tapi "UMAT ISLAM" itu sendiri.....kerana apa??? kerana kita sendiri yang membiarkan ISLAM diperangi...kita biarkan orang kafir mempermainkan ISLAM..kita biarkan orang memanipulasi ISLAM...kita biarkan mereka memperlakukan ISLAM dengan sesuka hati...kita biarkan mereka mempengaruhi kita dengan budaya-budaya songsang mereka...kita biarkan mereka melancarkan serangan-serangan budaya mereka..serangan-serangan pemikiran mereka...supaya apa??? supaya kita TINGGALKAN ISLAM...LUPAKAN ISLAM...dan yang lebih parah supaya kita MURTAD DARI ISLAM...naudzubillahi min dzalik...

Cuba kita lihat-lihat..cuba kita renung-renung..cuba kita teliti...apakah hidup kita MASIH mengikuti cara hidup ISLAM secara total??? berapa peratusan ISLAM dalam diri kita??? 10%? 30%? 50%? 70%? 90%? atau 100%?? berapa peratus?? apakah pemikiran dan cara hidup kita pada hari ini selaras dengan apa yang yang telah ditetapkan dalam ISLAM??? selaras dengan apa yang Allah kehendaki?? ilmu kita...rezeki kita bagaimana??? halalkan??? cuba kita muhasabah kembali....

ISLAM adalah satu-satunya agama yang ALLAH redhai..ISLAM satu-satunya agama yang merangkumi cara hidup yang menyeluruh...bermula dari bangun dari tidur sehinggalah tidur semula ISLAM mengajar kita...dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara ISLAM mengajar kita...tidakkah kita terfikir??? tapi kenapa kita masih MERAGUI ISLAM??? kenapa kita masih mengikuti budaya dan cara hidup lain??? kenapa kita masih berpeluk tubuh melihat ISLAM hancur satu-persatu??? ISLAM bukan ALATAN PERMAINAN yang boleh kita permainkan dan baling ke sana-ke mari...ISLAM bukan pakaian yang boleh ditukar dan ditukar sentiasa...ISLAM bukan latan perdagangan yang boleh dijual sesuka hati...tetapi ISLAM dalam AGAMA yang SUCI...tiada agama yang lebih SUCI dari ISLAM...tiada agama yang MULIA dari ISLAM..tiada agama yang LEBIH BAIK dari ISLAM...ISLAM adalah PEGANGAN kita..."TALI" kita dengan ALLAH..seandainya kita melepas "TALI" tersebut maka hancur akidah kita...runtuh akhlak kita...naudzubillahi min dzalik...

Ayuhla ANAK MUDA...kita bangkit perjuangkan ISLAM...kita bangkit tegakkan ISLAM...dengan saki baki usia yang masih ada ini, kita tegakkan kembali ISLAM..kita bangkit berusaha untuk menangkan ISLAM sepertimana RASULULLAH s.a.w berusaha untuk memenangkan ISLAM di bumi anbiya' suatu ketika dulu...insyaAllah jika tertegaknya ISLAM dalam diri kita maka tertegaklah ISLAM dimuka bumi ALLAH ini....ayuh kita berjuang!!!!

Ya Allah...Engkau selamatkanlah agama kami...selamatkanlah kami dari tipudaya syaitan...selamatkanlah kami dari musuh-musuh ISLAM...selamatkanlah kami dari segala fitnah akhir zaman ini...tuangkanlah kesabaran dalam diri kami...kukuhkanlah pendirian kami dan bantulah kami terhadap orang-orang kafir...amin ya Rabbal 'alamin...


No comments:

Post a Comment