Wednesday 3 October 2012

Apa Itu Kebahagiaan..???

Assalamualaikum...

Ketika aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahawa HIDUP adalah KEKAYAAN...

Ketika aku takut untuk MEMBERI,
Aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN...

Ketika aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahawa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN...

Ketika aku takut RUGI,
Aku lupa bahawa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN...

Hidup ini sangatlah INDAH,
Andai MENSYUKURI apa yang sudah ada...

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN,
Tetapi ketika kita mampu dan mahu menerima semua KEKURANGAN dan KELEBIHAN,
Itulah KEBAHAGIAAN...

Jika SENDIRI jangan merasa SEPI,
Ada ALLAH yang MENGAWASI...

Jika SEDIH jangan PENDAM dalam hati,
Ada ALLAH tempat BERDOA...

Jika MARAH jangan FIKIR dalam hati,
Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI...

Jika SUSAH jangan merasa PILU,
Ada ALLAH tempat MENGADU...

Jika GAGAL jangan PUTUS ASA,
Ada ALLAH tempat MEMINTA...

Jika BAHAGIA jangan lupa,
Pada ALLAH tempat BERSYUKUR...



No comments:

Post a Comment