Saturday 14 January 2012

Di jalan dakwah, kita belajar memaknai..................

‘ Kita bermula dengan persiapan yang amat mantap. Ditatang bagai minyak yang penuh, diisi dengan pelbagai tsaqafah dan dicanangkan dengan semaian iman yang mengugah jiwa, akhirnya Allah tinggalkan kita di satu tempat, sendirian, hanya untuk kita memaknai makna iman itu sendiri, serta belajar makna erti sebuah tarbiyah.'

Memang aku mencari-cari dan memburu erti tarbiyah serta jirusan kemanisannya yang pernah aku rasai satu masa dahulu. Mencari kesempurnaan pada rukun-rukunnya serta pembinaan yang mantap. Kiranya aku tidak pernah merasai cukup dengan apa yang aku miliki satu masa dahulu.


After pause and reflects:sebenarnya kesempurnaan itu terletak pada kekurangan sesuatu. Kerana di situ kita berperanan untuk menjadi batu bata penutup pada sebuah binaan. Mahupun menjadi pewarna yang mencantik sebuah lukisan yang tidak siap.

Kerana kesempurnaan itu, bukan pada neraca kita, tapi pada neraca Allah yang telah menyiapkan jaluran kisah-kisah kita sejak azali lagi. Supaya ketidak sempurnaan itu dapat menyempurnakan kita.


Kerana kesukaran dan susah itu akan mengeluarkan potensi yang amat luar biasa dari kita. Akan menggali segala dan seluruh bakat-bakat yang kita ada. Malah, menjadikan kita MEMAKNAI SETIAP AYAT MALAH PERKATAAN YANG KITA PELAJARI DARI TARBIYAH KITA.

Di situ, apa yang kita pelajari itu bukanlah pada ayat-ayat yang kita hafal, tapi pada kehidupan yang kita mampu terjemahkan.

AKhirnya kita akan lebih faham, mendalam sekali.
Akhirnya iman akan kita rasai, manis sekali,
Akhirnya makna itu akan kita hayati, asyik sekali.
Tidak akan wujud kesempurnaan melainkan pada satu hidup yang hakiki.

Kerana kitalah yang perlu mencorakkan kesempurnaan itu, bukan mengutuk kekurangan yang ada. Kerana di situlah, kita akan memahami makna hidup kita di sini.

Makna sebuah ukhuwah.
 
Ukhuwah yang bermula dengan salamatus sadr; bersangka baik, sehinggalah mencapai ke peringkat itsar; melebihkan saudara sendiri di jalan Allah.

Bemula hanya dengan sangka baik..

Bagaimana? JIka hanya berkomunikasi via email? Jika jarang ziarah? jika jarang mendengar suara dan bertemu berpelukan? Sedangkan salam dan juga pelukan itu menyekat syaitan dari melaga-lagakan kita?
Dan terkadang kesal bertamu di sudut hatiku, mengapa di saat akhir ini, barulah aku memahami formula ini? Formula yang menjawap segala kekusutan yang ada di mindaku memikirkan masalah-masalah yang berlaku.

Ukhuwah yang bermula dengan salamatus sadr; bersangka baik, sehinggalah mencapai ke peringkat itsar; melebihkan saudara sendiri di jalan Allah.

Bemula hanya dengan sangka baik..

Bagaimana? JIka hanya berkomunikasi via email? Jika jarang ziarah? jika jarang mendengar suara dan bertemu berpelukan? Sedangkan salam dan juga pelukan itu menyekat syaitan dari melaga-lagakan kita?
Dan terkadang kesal bertamu di sudut hatiku, mengapa di saat akhir ini, barulah aku memahami formula ini? Formula yang menjawap segala kekusutan yang ada di mindaku memikirkan masalah-masalah yang berlaku.

Ini bukan sekadar sedap-sahaja- nak-cakap.
Ini adalah sebuah makna kehidupan.
Ini adalah jawapan kespada setiap persoalan : UKHUWAH.
Di sinilah kaum Aus dan Khazraj yang sangat lain latar belakang, seperti mana Melayu terkadang susah nak masuk dengan Cina kerana budaya berbeza, namun mampu bersatu atas dasar ukhuwah, iman kerana ALlah.
Kerana itulah kaum ansar di Madinah, mampu menjadi adik beradik dengan saudaranya dari Makkah, hanya kerana ukhuwwah!
Boleh saya tanya kamu; cuba kamu fikirkan, kamu boleh rasai tak, kalau jiran kita, orang Thailand, boleh kita jadikan seperti adik beradik, kalau bukan kerana ukhuwah?

Begitu jugalah, pertembungan dua generasi, malah mungkin 3-4 generasi dakwah akan bergeser dan bertembung. Akan pasti bergesel pendapat mahupun berselisih, terasa-terasa hati. Kerana dalam amal jamaie, pasti akan berlaku pergesaran.

Bahasa orang muda terkadang sukar difahami orang tua, seperti mana keinginan orang tua takkan bisa di fahami dengan mudah oleh orang muda.
Dua jirim pemikiran dan perasaan serta pengalaman yang amat berbeza. Apa sahaja yang mampu mengikat kita?Bukankah ukhuwah?
Begitu juga school of thought tarbiyah, madrasah tarbiyah rakyat Malaysia ini terdapat pelbagai versi dan kaedah. Terdapat mereka yang amat beria dengan caranya sehingga menidakkan kelebihan orang lain. Sehingga bergaduh, bermasam muka dan akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari jemaah! Semuanya kerana keegoan masing-masing untuk mempertahankan cara masing-masing sedangkan perkara ini boleh diatasi dengan UKHUWAH.
Benarlah, kita takkan memaknai sesuatu perkara melainkan setelah kita melalui episod-episod kehidupan yang amat mengajar kita akan erti yang paling asas sekali…
makna sabar….
makna sangka baik..
makna hikmah…
makna ukhuwah..
subhanaallah..

di jalan dakwah ini, banyak kita belajar untuk memaknai......