Sunday 31 July 2011

Salam Ramadhan al-Mubarak

اهلا وسهلا ومرحبا يا رمضان 

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang pernah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa." 
-Surah al-Baqarah:183

Salam Ramadhan buat semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia, terutamanya buat sahabat dan sahabiah yang ku sayangi. Ramadhan, Engkau TETAMU yang dirindui oleh seluruh pelusuk umat Islam. Bulan yang terselit seribu kerahmatan dan keampunan. Yang terkenal dengan bulan ibadahnya. Bulan yang penuh dengan sirah dan peristiwanya.

Firman Allah; "Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." 
-Surah al-Baqarah: 185

KELEBIHAN RAMADHAN :
  •  Al-Quran diturunkan. Firman Allah; "Bulan ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran." (al-Baqarah: 185)
  • Pintu rahmat dibuka dan pintu neraka ditutup. Sabda Rasulullah saw;"Apabila tiba bulan ramadhan, segala pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan diikat segala syaitan." (HR Bukhari dan Muslim)
  • Umrah ramadhan menyamai haji bersama nabi. Sabda Rasulullah saw; "umrah pada bulan ramadhan kelebihannya menyamai mengerjakan haji bersamaku." (HR Bukhari dan lain-lain)
  • Menghapuskan dosa. Sabda Rasulullah saw; "Sembahyang lima waktu, sembahyang dari jumaat ke jumaat dan bulan ramadhan ke ramadhan menghapuskan dosa antara dua tempoh itu apabila meninggalkan dosa besar." (HR Muslim)
  • Dibebaskan seksa neraka. Sabda Rasulullah saw; "Pada bulan ramadhan, umatku diberi 5 perkara yang tidak pernah diberi kepada nabi sebelumku. Pertama, apabila tiba malam pertama bulan ramadha, Allah Maha Megah dan Maha Agung memerhati mereka. Sesiapa yang Allah perhatikan, Dia tidak menyeksa hamba itu selama-lamanya........." (HR Baihaqi)
  • Semua syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah saw; "apabila tiba malam pertama bulan ramadhan, semua syaitan dan jin yang jahat akan dibelenggu dan pintu-pintu neraka ditutup. Semua pintu neraka ditutup dan tidak ada satupun yang dibuka. Manakala semua pintu syurga dibuka dan tidak ada satupun yang ditutup..........." (HR Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah)
  • Malam Lailatul Qadar. Firman Allah; "sesungguhnya kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, malaikat dan jibril turun dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar." (Surah al-Qadar: 1-5)
Sesungguhnya bulan ramadhan dipenuhi dengan seribu kerahmatan, barakah dan jua keampunan. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah lebih dari itu iaitu menahan kekangan nafsu serta semua anggota badan dari sifat-sifat keji dan mungkar. 

Jadi, marilah bersama kita menghayati dan merebut segala peluang yang ada bagi meraih pahala dariNya. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menjalani ibadah wajib ini dengan penuh kegembiraan, penuh keinsafan, penuh tawadduk dan dengan penuh penghayatan dan mudah-mudahan ramadhan kali memberikan sejuta pengertian dalam hidup kita dalam meraih segala ganjaran PAHALA dan BONUS yang telah disediakan olehNya. Wallahua'lam.

Monday 18 July 2011

Hamba-hamba yang mendapat lindunganNya....

Assalamualaikum wbt....
Apakah yang paling kita nantikan selain dari lindungan Allah SWT kepada kita disaat hari kiamat yang sangat dahsyat itu? Allah berjanji akan melindungi hamba-hamba-Nya yang tunduk patuh kepada perintah-Nya dan berusaha untuk menjauhi larangan-Nya dan yang mencintai-Nya dengan tulus. Dalam suatu kesempatan, Rasulullah saw menjelaskan tentang hamba-hamba Allah SWT yang akan memperoleh lindungan disaat hari kiamat nanti.

“Ada tujuh golongan yang akan mendapat naungan (lindungan) Allah pada hari kiamat kelak dimana tidak ada yang dapat berlindung kecuali dalam naungan Allah SWT semata. Mereka adalah: Pemimpin yang adil; Seseorang yang masih muda dan tumbuh dalam keadaan senantiasa beribadah kepada Allah SWT; Seseorang yang hatinya senantiasa tertambat dengan (kepentingan) mesjid; Dua orang sahabat yang saling mencintai karena Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena kepentingan Allah semata; Seorang laki-laki yang ketika dirayu oleh wanita cantik dan memiliki kekuasaan, maka ia menolaknya dan berkata: ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah'; Seseorang yang bersedeqah sampai-sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya; Dan seseorang yang mengingat Allah di tempat yang sepi sampai-sampai meneteskan air mata karena rindu kepada Allah.” (HR Bukhari & Muslim)

Diantara ketujuh golongan itu, salah satunya adalah seorang hamba yang ingat kepada Allah ‘Azza wa Jalla di tempat sepi dimana tidak ada seorang manusia lainnya ada didekatnya, ia menangis mengingat akan kebesaran Allah ‘Azza wa Jalla dan  karena rindu akan perjumpaan dengan-Nya. Tidak ada yang ia harapkan selain rahmat Allah untuknya. Sungguh hal ini membuktikan betapa kekuatan cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla sangatlah penting dan dapat menjadi penyelamat bagi kita kelak di hari kiamat.

Friday 15 July 2011

Tarbiyyah Satu Proses Pengalaman....


Assalamualaikum wbt....

Seringkali kesibukan dijadikan alasan untuk tidak memenuhi tanggungjawab di dalam perjuangan. Sepatutnya disedari, kesibukan bukanlah satu masalah dalam memenuhi tanggungjawab perjuangan. Ini kerana, kedua-duanya adalah proses pengalaman yang sentiasa mematangkan diri. Bagaimana menghadapinya, yakni antara  kesibukan tanggungjawab sedia ada dan tanggungjawab perjuangan?

Bagaimana mengendalikan diri kita dalam mendepani cabaran kesuntukan masa ini? Ada orang yang sentiasa menggunakan kesibukan sebagai alasan. Alasan tidak dapat datang majlis-majlis pengajian. Tidak dapat datang usrah. Tidak dapat datang mesyuarat dan macam-macam lagi pengajian. Ada juga kerana kesibukan dijadikan alasan tidak dapat beramal. Solat t idak berjemaah, tinggal zikir ma'thurat, tidak ada masa untuk al-Quran juga tidak dapat bangun malam bertahajjud. Tambahan pula ada juga yang membuat alasan kerana tanggungjawab perjuangan, terabai langsung amal-amal fardi. Inilah alasan-alasan yang datang daripada nafsu dan kerendahan himmah seorang yang mengaku pejuang..!

Justeru, tarbiyyah bukan semata-mata fikrah..
Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah..
Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah..
Namun, ianya adalah proses perubahan..
Melalui pengalaman beramal dengan ilmu.. 
Berpegang dengan fikrah juga pengalaman..
Mengendalikan diri dalam berhadapan dengan arus kehidupan..
Yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan..

Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman..
Bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup..
Bagaimana rasanya beramal dan merasai lazat beramal..
Bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan..
Bagaimana rasanya bersusah payah dalam perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah..
Oleh itu, jika pernah rasa senang maka kena rasa juga susah..
Jika pernah rasa menang maka kena rasa juga kalah..
Jika pernah rasa kuat maka kena rasa juga lemah..
Semua itu memberi pengalaman merasai sunnah dan realiti perjuangan..
Barulah seorang pejuang itu menjadi matang dalam tarbiyyahnya..

Firman Allah Azza wa Jalla yang bermaksud :


"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum lagi datang kepadamu apa yang telah mengenai orang-orang yang terdahulu dari kamu; mereka dirasakan dengan kesakitan dan kepapaan dan digoncangkan (pegangan) mereka sehingga berkata oleh Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, 'Bilakah lagi datang pertolongan Allah' Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir".  
-(Surah al-Baqarah:214)

Oleh itu, kukuhkanlah amalanmu..
Terjunlah ke medan perjuangan..
Tinggalkanlah alam mimpi fikrah dan idealismamu..
Nescaya kita bakal menjadi..
Pejuang aqidah dan fikrah yang sebenar..
Menjadi pencinta mati syahid..
Demi syurga Allah yang tinggi..
Insyaallah..















-Jalan Dakwah-

JALAN DAKWAH adalah Jalan yang panjang. Penuh dengan rintangan. Mempunyai beban yang berat. Hanya sedikit sahaja yang mampu memikulnya.


Dimanakah kita sekarang ini? Adakah kita berada di atas jalan dakwah atau masih berada ditepi-tepinya atau sedang memilih jalan bermalas-malasan dan berseronok-seronok? Hanya insan-insan luar biasa sahaja yang te...rpilih memikul amanah berat di atas jalan dakwah ini. Lumrah, Allah membuat pilihan terhadap para hamba-Nya. Hamba yang menyerahkan usaha dan kekuatan untuk membantu Islam sudah tentu mendapat pandangan istimewa di sisi Allah. Amat sedikit manusia yang snggup bersabar untuk terus berada di atas jalan dakwah. Persiapan yang diperlukan untuk berada di atas jalan itu tidaklah sedikit. Selain itu, beberapa aspek perlu diberi penekanan.

MISI DAKWAH... 
 
Rasulullah s.a.w dibekalkan dengan misi yang bersepadu sepertimana difirmankan Allah s.w.t: "Sebagaimana Kami telah mengutus bagi kamu seorang rasul, yang ia membacakan ayat-ayat Kami, membersihkan (jiwa) kamu serta mengajarkan kamu (ilmu) al-kitab dan hikmah dan mengajarkan kamu (apa-apa) yang tidak kamu ketahui." -surah alBaqarah: 151

Ayat ini menggambarkan Rasulullah s.a.w melaksanakan misinya melalui 3 pendekatan, iaitu:
  1. Membacakan dan memberi pemahaman tentang ayat-ayat al-Quran agar umat islam mengenal dan mengetahui hakikat hidup di dunia ini secara jelas dan tepat. Mereka tahu mana yang islamik, mana yang tidak walaupun di dalam perkara-perkara yang halus.
  2. Membersihkan jiwa umat islam dari unsur-unsur syirik seterusnya menyucikan hati dari sifat-sifat mazmumah dan berusaha mengisi dengan sifat terpuji dan akhlak yang baik.
  3. Mengajarkan ilmu dan hikmah, yang mana ianya hanya dapat diperolehi melaui apa yang Allah turunkan melalui al-Quran dan dijelaskan oleh sabda Nabi s.a.w. 

KEFAHAMAN YANG BENAR DAN ASLI...

Firman Allah; "(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah smbil berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi (oleh Allah), Ya Tuhan kami tidaklah Engkau ciptakan (semua ini) dengan sia-sia." -surah al-Imran:191

Allah s.w.t telah menggambarkan persepaduan antara zikrullah dengan berfikir dapat menunjukkan pengenalan kepada Tuhan secara tepat. Persepaduan zikir dan fikir yang sesuai akan menghantarkan seseorang kepada pengenalan Tuhan dan alam semesta dengan tepat dan kemudian ia dapat memanfaatkan alam dan seisinya dengan petunjuk wahyu.
Kefahaman yang benar dan asli dari zikir dan fikir akan mampu menunjukkan kepada jalan yang benar.


TIDAK MUDAH FUTUR...

Futur secara bahasa bermaksud "menurun" sepertimana disebut di dalam hadith Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya setiap amal ada masanya naik (rajin) dan setelah itu ia akan turun (futur). Barang siapa yang turun (amalnya) ia telah keluar dari sunnahku, sungguh celaka ia."

Secara istilah, futur bermaksud; "Sikap mengabaikan amal sehingga meninggalkannya."

Peribadi da'ie yang lemah mudah mencampak seseorang ke lembah futur.

"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan kesusahan."
- surah al-Taubah: 42

Thursday 14 July 2011

Hidayah Itu Milikmu, Ya Rabb

Assalamualaikum wbt...

Ya Allahu Ya Rabbi..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..begitu hebat hidayahMu..mampu mengubah yang buruk kepada baik, jahil kepada berilmu, lemah kepada kuat, hina kepada mulia...itulah pemberian dan hadiah Allah yang paling berharga buat hamba-Nya. Kata orang,  

"yang kedua tak sehebat yang pertama..."

Begitu jua dengan hidayah Allah..moga hidayah yang kita perolehi tidak kita lengah-lengahkan dan tidak kita sia-siakan begitu..terlalu mahal harhanya..kerana itulah penentu pengakhiran hidup kita..husnul khatimah atau su'ul khatimah...semoga kita sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada-Nya pada setiap saat, setiap waktu, insyaAllah.


Sebagai muhasabah bersama untuk kita merenung kembali disepanjang usia kita, berapa kerap amalan yang telah kita lakukan? Adakah kita istiqamah dengan amalan tersebut? Berapa kerap penyesalan dan taubat kita terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini? Adalah ibadah yang kita kerjakan selama ini diterima oleh Allah? Adakah cukup hanya sekadar tawakal? Dimana usaha kita? Dimana doa pengharapan kita? Renung-renungkan..fikir-fikirkan..tepuk dada tanyalah iman..Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengampun dan Maha Menerima taubat..Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita.

"Barangsiapa yang mengerjakan dosa di siang hari maka bertaubatlah di malam harinya dan barangsiapa yang mengerjakan dosa di malam hari maka bertaubatlah di siang harinya...".
-Hadith Rasulullah s.a.w-