Friday 15 July 2011

-Jalan Dakwah-

JALAN DAKWAH adalah Jalan yang panjang. Penuh dengan rintangan. Mempunyai beban yang berat. Hanya sedikit sahaja yang mampu memikulnya.


Dimanakah kita sekarang ini? Adakah kita berada di atas jalan dakwah atau masih berada ditepi-tepinya atau sedang memilih jalan bermalas-malasan dan berseronok-seronok? Hanya insan-insan luar biasa sahaja yang te...rpilih memikul amanah berat di atas jalan dakwah ini. Lumrah, Allah membuat pilihan terhadap para hamba-Nya. Hamba yang menyerahkan usaha dan kekuatan untuk membantu Islam sudah tentu mendapat pandangan istimewa di sisi Allah. Amat sedikit manusia yang snggup bersabar untuk terus berada di atas jalan dakwah. Persiapan yang diperlukan untuk berada di atas jalan itu tidaklah sedikit. Selain itu, beberapa aspek perlu diberi penekanan.

MISI DAKWAH... 
 
Rasulullah s.a.w dibekalkan dengan misi yang bersepadu sepertimana difirmankan Allah s.w.t: "Sebagaimana Kami telah mengutus bagi kamu seorang rasul, yang ia membacakan ayat-ayat Kami, membersihkan (jiwa) kamu serta mengajarkan kamu (ilmu) al-kitab dan hikmah dan mengajarkan kamu (apa-apa) yang tidak kamu ketahui." -surah alBaqarah: 151

Ayat ini menggambarkan Rasulullah s.a.w melaksanakan misinya melalui 3 pendekatan, iaitu:
  1. Membacakan dan memberi pemahaman tentang ayat-ayat al-Quran agar umat islam mengenal dan mengetahui hakikat hidup di dunia ini secara jelas dan tepat. Mereka tahu mana yang islamik, mana yang tidak walaupun di dalam perkara-perkara yang halus.
  2. Membersihkan jiwa umat islam dari unsur-unsur syirik seterusnya menyucikan hati dari sifat-sifat mazmumah dan berusaha mengisi dengan sifat terpuji dan akhlak yang baik.
  3. Mengajarkan ilmu dan hikmah, yang mana ianya hanya dapat diperolehi melaui apa yang Allah turunkan melalui al-Quran dan dijelaskan oleh sabda Nabi s.a.w. 

KEFAHAMAN YANG BENAR DAN ASLI...

Firman Allah; "(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah smbil berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi (oleh Allah), Ya Tuhan kami tidaklah Engkau ciptakan (semua ini) dengan sia-sia." -surah al-Imran:191

Allah s.w.t telah menggambarkan persepaduan antara zikrullah dengan berfikir dapat menunjukkan pengenalan kepada Tuhan secara tepat. Persepaduan zikir dan fikir yang sesuai akan menghantarkan seseorang kepada pengenalan Tuhan dan alam semesta dengan tepat dan kemudian ia dapat memanfaatkan alam dan seisinya dengan petunjuk wahyu.
Kefahaman yang benar dan asli dari zikir dan fikir akan mampu menunjukkan kepada jalan yang benar.


TIDAK MUDAH FUTUR...

Futur secara bahasa bermaksud "menurun" sepertimana disebut di dalam hadith Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya setiap amal ada masanya naik (rajin) dan setelah itu ia akan turun (futur). Barang siapa yang turun (amalnya) ia telah keluar dari sunnahku, sungguh celaka ia."

Secara istilah, futur bermaksud; "Sikap mengabaikan amal sehingga meninggalkannya."

Peribadi da'ie yang lemah mudah mencampak seseorang ke lembah futur.

"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan kesusahan."
- surah al-Taubah: 42

No comments:

Post a Comment